Di Angap Pemain Ke - 12 Ultras_Malaya


Pada 2016 hingga 2018, pengaruh dan kelibat Ultras Malaya memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan Malaysia semakin menampakkan kesan. Hal ini kerana mereka telah berjaya menaikkan semangat para pemain di padang dengan sorakan tanpa henti walaupun pasukan menghadapi kekalahan. Ketiadaan mereka amat dirasai sewaktu perlawanan akhir pasukan bawah 23 tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam kejuaraan AFC-U 23 di stadium Shah Alam sehinggakan kehadiran mereka amat ditagih bagi memberi semangat kepada para pemain di padang.


Pada perlawanan akhir Sukan Sea 2017, Ultras Malaya sebulat suara memboikot kejohanan yang melibatkan pasukan kebangsaan ini untuk menunjukkan protes terhadap jualan tiket yang tidak adil dan betul dibuat oleh pihak penganjur dan FAM. Perkara ini telah memberi kesan kepada perlawanan dan peminat bola sepak tempatan yang amat terasa kehilangan sorakan Ultras Malaya di stadium. [5][6][7][8]

Rujukan

WikiPedia: Ultras_Malaya http://www.astroawani.com/berita-sukan/curva-ultra... https://www.blogmazeer.com/2017/10/tmj-mahu-jumpa-... https://www.facebook.com/ultrasmalaya2007 https://www.foxsportsasia.com/football/asian-footb... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.bharian.com.my/node/81524 https://www.hmetro.com.my/arena/2017/08/259244/sun... https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/09/15/d... https://www.mstar.com.my/sukan/2017/08/29/final-ta... https://www.ultrasmalaya.com.my